‘Berkahwin Tidak Ada Masalah Tetapi Bercerai…’ – Ini Nasihat Dato Red Kepada Ude Wahid

Masih hangat diperkatakan, kes cerai bekas madu Izreen Azminda dengan isteri pertama Ude Wahid, Intan Liana terus hebat menjadi buah mulut netizen. Masing-masing mempunyai hujah sendiri mengenai isu itu tidak terkecuali juga yang mengecam dan mengeji tindakan Ude dan Izreen.

Suami Adira Suhaimi yang dikenali sebagai Dato Red juga tidak ketinggalan menitipkan pesanan buat Ude. Seperti sedia maklum, Adira merupakan isteri kedua kepada lelaki itu dan mungkin ada tips dan nasihat berguna untuk Ude ingin disampaikannya.

Fikir anak-anak sebelum buat keputusan

Sebagai seorang suami yang terlebih dahulu makan garam dengan poligami, Dato Red menasihati Ude supaya meletakkan anak-anak sebagai prioriti untuk difikirkan. Tambahnya anak-anak adalah mangsa kerana mereka berkemungkinan kurang mendapat kasih sayang ibu bapa.

Nasihat saya sebelum buat keputusan fikir anak- anak. Anak-anak dalam keadaan ini adalah mangsa sebab mereka tidak mungkin akan dapat sepenuh kasih sayang dari kedua ibu dan bapa.

Melalui penceraian yang pertama ini yang pernah saya lalui, terpaksa berpisah dengan anak-anak.

Sebab itu mahkamah juga memberi tempoh sebelum kita buat keputusan. Saya tahu benda masih baru dan dia juga tidak mahu fikir.

Tindakan akan beri kesan pada Izreen

Dia juga turut menerangkan kepada Ude bahawa apa juga tindak tanduknya akan turut memberi kesan kepada isterinya Izreen kerana wanita itu seorang pelakon yang popular. Tambahnya perceraian adalah sesuatu yang tidak dipersetujuinya walaupun mengakui perkahwinan kali kedua bukan isunya.

Dalam hal ini Ude kena tahu tindakannya akan memberi kesan kepada Izreen sebab dia seorang artis dan dikenali ramai. Jadi bukan salah orang luar untuk terus berkongsi pendapat mengenai hal ini.

Berkahwin tidak ada masalah tetapi bercerai adalah sesuatu yang saya tidak setuju.

Sumber: Utusan Online , Adira Suhaimi, Dato Red via ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *