[VIDEO] ‘Anak saya lahir bulan depan’ pecah rahsia pada Dato Vida

‘Anak saya lahir bulan depan’ pecah rahsia pada Dato Vida

Jika anda ingin membaca anda terus scroll menonton video ini.

Jangan lupa like dan share fb fanpage kami dibawah layan video ini.

Kita saksi video ini iaitu mengenai Dato Siti telah pecah rahsia pada Dato Vida bahawa dia akan besalin pada bulan depan. Dato Siti tak sabar untuk melahirkan anak pertamanya itu. Tahniah buat Dato Siti untuk anak sulung yang bakal lahir bulan depan. Kita doaka semoga dipermudahkan segala urusan. Tak sabar nak menimang anak dan tak sabar begelar sebagai seorang ibu. Inilah mungkin masa yang paling bahagia untuk Dato siti bila lahirnya cahaya mata yang dinantikannya.

Wah wah mari kita saksi video ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi. Ayuh sama sama kita tonton cerita video ini.

Jom kita saksikan sama-sama tonton cam mana video hangat ini dan jangan ketinggalan menyaksikan video ini sampai habis.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menonton video ini yang dipaparkan. Sekian.

Jom kongsikan ilmu dengan rakan kita.

Jangan lupa like fb fanpage kami dibawah layan video ini.

Sila tonton video:

Lagu Siti untuk anak yang bakal lahir

Lagu Siti untuk anak yang bakal lahirSUDAH ADA MELODI ANAK: Siti Nurhaliza yang kini hamil enam bulan berkata beliau sudah mempunyai tiga melodi yang bakal dipilih untuk dijadikan lagu khas untuk anaknya. – Foto THE STAR PUBLICATION

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sudah mempunyai tiga melodi yang bakal dipilih untuk dijadikan sebuah lagu untuk anaknya.

Siti, yang kini sedang hamil enam bulan, berkata beliau mendapat idea mencipta lagu tersebut sejak bulan lalu sebagai hadiah buat zuriat pertamanya yang bakal dilahirkan pada Mac tahun depan.

Pada 13 Oktober lalu, Siti menamatkan teka-teki mengenai kehamilannya apabila beliau mengesahkan sedang mengandung setelah lebih sedekad menunggu.

Dalam pada itu, Datuk K sebelum ini berkata semasa trimester pertama kehamilan, Siti banyak berehat dan ‘berkurung’. Proses kehamilan menerusi IVF memerlukan beliau banyak berehat dan menjaga kesihatan agar masalah keguguran seperti sebelum ini tidak berlaku.

Malah, Siti terpaksa diangkat setiap kali mahu naik atau turun dari tingkat atas rumah mereka.

Kata Siti, idea untuk menghasilkan lagu untuk anaknya itu muncul ketika dalam bilik air namun proses rakaman masih dalam peringkat perbincangan.

“Saya ada tiga melodi untuk dipilih dan dijadikan lagu untuk anak saya nanti. Insya Allah ia akan dirakam dalam masa terdekat sebelum dia lahir. Idea datang ketika dalam bilik air di mana saya sering menyanyi-nyanyi dan terfikir apa salahnya buat lagu istimewa untuk bayi ini nanti. Dia boleh dengar bila dia besar,” ujarnya kepada mStar Online.

Lagu itu bakal menjadi kenangan kepada bayinya terutamanya apabila sudah dewasa, kata Siti seperti yang dilaporkan Astroawani.

“Apabila dia sudah dewasa kelak dia akan tahu bahawa ibunya pernah menciptakan lagu untuknya,” tambah Siti.

Siti, 38 tahun, ditemui di majlis sidang media program Ctdk-ation yang diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin.

Siti dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, 58 tahun, berkahwin pada 21 Ogos 2006.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Segala Perasaan ini berkata beliau belum siap menulis lirik dan mempunyai tajuk yang sesuai untuk lagu tersebut.

“Belum ada tajuk lagi mungkin bila sudah buat lirik nanti baru ada idea untuk tajuk,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang jantina bayi yang sedang dikandungkan itu, Siti berkata beliau masih menunggu lampu hijau suaminya untuk dikongsikan kepada umum.

Siti turut berkata, nama untuk bayi tersebut juga akan bermula dengan Siti jika perempuan, manakala bermula dengan huruf A bagi anak lelaki.

“Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk dedahkan, mungkin bila suami sudah beri ‘green light’ baru saya kongsikan dengan peminat,” ujarnya.

Sumber – dharian / instagram ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *