(Video) ‘Dia Yang Sendu, Dah Tak Laku’ – Pembantu Peribadi Hentam Semula Artis Yang Kecam Aliff Syukri

Selepas seminggu ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, filem aksi, Badang lakonan Dato’ Aliff Syukri menjadi bualan netizen. Lebih hangat, beberapa orang pelakon serta penggiat seni tanah air turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap Dato’ Aliff Syukri.

Terbaru, pembantu peribadi beliau, mel77_melati dilihat seolah memerli semula pelakon yang mempertikai kebolehan majikannya itu. Amboi betul-betul back up ini!

Tutup periuk nasi

Di dalam video tersebut, pembantu peribadi Dato’ Aliff Syukri yang dikenali sebagai Mel itu menyangkal dakwaan majikannya menutup periuk nasi artis-artis lain.

Tambah Mel, artis berkenaan sebenarnya iri hati kerana sudah tidak menerima tawaran untuk membintangi drama atau filem.

 

Dalam artikel berkaitan:

Ini Tempat Kami Cari Makan, Dia Tidak Layak’ – Pengarah & Amyza Aznan Selar Aliff Syukri?

Selepas tampil dengan single ‘Abang Nak Tegur’, jutawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri kini bergelar seorang pelakon pula. Di laman sosial, Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa dengan segelintir netizen yang mengkritik hasil lakonannya secara keterlaluan meskipun masih belum menonton filem tersebut.

Di facebook, seorang pengarah Sharulezad Mohameddin memuat naik status memberi pandangan peribadinya berkenaan isu ini. Di ruangan komen, pelakon berbakat Amyza Aznan turut memberi respon.

Baru satu filem kena kutuk dah melenting

 

Menurut Shahrulezad, sebagai seorang pelakon seseorang perlulah menerima kritikan dan pandangan daripada orang ramai. Dia sendiri walaupun sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, dia masih dikritik tetapi dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif.

Paksa orang cakap bagus, masalahnya bagus ke? – Amyza Aznan

Pelakon berbakat, Amyza Aznan turut meninggalkan komen berkenaan isu ini. Menurutnya, dia sendiri tidak pernah meratap mahu bakatnya dihargai.

Sumber : Shahrulezad Mohameddin

Kredit:OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *