‘Cakap Banyak Kat Media Sosial. Tunjuk Pandai. Tunjuk Bagus’ – KJ Tempelak Peminat Sukan Tempatan

Kelibat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ kerapkali kelihatan di gelanggang memberi sokongan kepada mana-mana atlet bertanding, tidak kira di dalam mahupun luar negara. Paling tidak pun sokongan akan disalurkan menerusi media sosialnya setiap kali acara sukan berlangsung.

Semalam, kehadirannya ke Velodrom Nasional, Nilai memeriahkan suasana namun ada yang membuatkan KJ kecewa dan terkilan.

Kecewa bukan sebab Azizul dapat perak..

Kekecewaannya itu diluahkan menerusi IG storynya sejurus selepas kejohanan semalam berakhir. Katanya, apa yang mengundang kekecewaannya adalah kekurangan penonton memberi sokongan kepada wira negara berkenaan. Hanya separuh velodrom diduduki ketika Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) itu.

Baru balik dari Velodrom Nasional menyaksikan Azizul untuk pusingan akhir. Dia berlumba dengan cemerlang namun Watanabe berjaya bawa pulang emas. Semoga dia boleh mengekalkan prestasi di kejohanan peringkat dunia selepas ini.

Apa yang mengecewakan bukan sebab Azizul meraih pingat perak tapi kekosongan tempat duduk penonton di velodrom. Ke mana perginya peminat sukan Malaysia? Ni ACC dan kita ada juara dunia bertanding di gelanggang sendiri.

Jangan bagi alasan

Menurutnya lagi, cuti umum dan kurangnya hebahan tidak sepatunya menjadi alasan. Tambah panas, KJ juga turut memerli sebahagian peminat sukan yang banyak bersuara di media sosial namun apabila perlu datang, tiada yang tunjuk batang hidung.

Tak payah bagi alasan tiada publisiti, cuti umum dan macam-macam. Orang kita dengan alasan berpisah tiada. Boleh menang pingat emas kalau bab bagi alasan.

Cakap banyak kat media sosial. Komen bagai. Tunjuk pandai. Tunjuk bagus. Tapi bila kena datang, apa pun tak ada.

‘Terima kasih’ rakyat Malaysia. Terima kasih untuk segalanya atlet berbasikal negara.

Sumber: Khairy Jamaluddin via ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *