“Baby A” -Noor Nabila Tayang Baby Bump, Akui Tak Sabar Jumpa Anak!

Walaupun baru berusia tiga bulan, nampaknya kandungan Noor Nabila sudah mulai timbul selepas wanita berkenaan mendedahkan foto baby bumpnya di Insta Story.

Foto tersebut merakamkan gambar selfie Nabila dari sebelah sisi yang menampakkan bentuk perutnya yang semakin membesar yang disertakan dengan kapsyen “You are already so so loved, cant wait to meet you (Kamu tersangatlah disayangi, tak sabar nak lihat kamu nanti).

Malah isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu turut meletakkan IG Story berkenaan di ruangan ‘highlight’ IGnya dengan kapsyen ‘baby A’.

Empat hari yang lalu Nabila ada memuat naik foto bayi dalam kandungannya dalam laman Instagram.

Nabila atau nama penuhnya, Noor Nabila Mohd. Noor mendirikan rumahtangga dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac tahun lalu.

Sumber instagram Nabila via kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *