Noor Nabila Sah Hamil.. Sharnaaz Ahmad Bakal Jadi Daddy. Muat Naik Imbasan Ultrasound , Tahniah!!

Siapa yang tidak suka melihat momen-momen manis pelakon Sharnaaz Ahmad bersama Isterinya, Noor Nabila tidak kiralah melalui instagram mereka ataupun adik perempuan Nabila iaitu, Neelofa. Sudah hampir setahun  mendirikan rumah tangga, pasangan ini lantas tidak terlepas dengan soalan cepumas tentang cahaya mata.

Namun, baru-baru ini ada seorang Ustaz seolah-olah memberikan gambaran bahawa Noor Nabila kini sedang hamil. Lantas menyatakan rasa syukur beliau atas kurniaan tersebut.

Noor Nabila berkahwin bersama pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dengan hanya sekali lafaz. Baru sebentar tadi Noor Nabila memuat naik imbasan ultrasound di instagram miliknya yang mengesahkan dirinya sedang hamil. Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan ini.

Kurang setengah jam imbasan ultrasound dimuat naik,hampir 15ribu pengikut Noor Nabila gembira bila mendapat tahu berita itu.  Media Gempak mengucapkan tahniah buat Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila. Semoga Noor Nabila dan  kandungan sihat selalu iyee..

Sumber : instagram

MediaGempak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *