Azmil Mustapha Meninggal Dunia إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

PETALING JAYA: Pelakon filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha meninggal dunia kira-kira pukul  12.40 tengah hari pada Rabu.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam dekat sini pada usia 65 tahun.

Berita itu disahkan oleh adiknya Aziph Mustapha.

Antara babak lakonan Azmil Mustapha pada zaman popularnya.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam dekat sini pada Rabu untuk dikebumikan.

“Kami memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan, dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham. Mohon hubungi kami sekiranya ada sebarang kesulitan,” katanya ringkas.

Pada November tahun lalu Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas

Selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik.

Allahyarham pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki empat orang anak hasil perkahwinan itu

Pelakon Ali Setan itu difahamkan meninggal dunia dalam tidur….

Sumber: Utusan Online,mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *