[VIDEO] Comel!! Wajah Terbaru si Comel anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel

Nukilan Menyentuh Hati Aeril Zafrel Kepada Wawa Zainal & Anak-Anak

Nukilan Menyentuh Hati Aeril Zafrel Kepada Wawa Zainal & Anak-Anak

Pelakon Aeril Zafrel telah berkongsi satu nukilan menyentuh hati khas buat  isterinya, Wawa Zainal serta  dua orang anaknya, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Nukilan tersebut dimuat naik oleh Aeril beserta dengan sekeping foto bersama Wawa dan anak-anak sewaktu majlis aqiqah puteri kesayangannya Hayla baru-baru ini.

“Jika ini sebuah amanah, maka ianya buatmu isteri – ‘petenteram batin’. Andai ini bisa dianggap wasiat, ianya teruntuk buat putera puteri ayah – ‘si pelumpuh jiwa’…

“Ingat kalian selalu pesanan ini: Sepedih apapun kita menangis, kita tak akan menemukan sebuah senyuman jika tak ikhlas untuk rasa yang kita jalani.. Setegar apapun diri kita, tak akan merasa bahagia jika ternyata dalam kesegaran kita tak ada pula keikhlasan. Semampu apapun kita berusaha untuk keindahan pada hati, jika dalam berusaha ternyata keikhlasan kita hanya kiasan,keindahan hati tetap tak akan dirasakan.

“Semoga sebanding dengan manisnya hasil di akhir perjuangan nanti. Dari insan yang menyayangi kalian dalam tiap desahan nafas ini #IbnuSunari.” tulisnya.

Coretan Aeril itu jelas menunjukkan betapa dalamnya kasih sayang seorang suami dan ayah kepada isteri serta anak-anaknya.

Teks Oleh: Mya Amri

“Ikhlas lah pada kehendak-Nya dan ingatlah siapa diri ini…yang tak mungkin berada dalam dunia, bila ALLAH AZZA WA JALLA tak mencintai kita. Semua yg ALLAH AZZA WA JALLA berikan,baik nikmat-Nya atau ujian-Nya..semata mata untuk menguji keikhlasan hati kita…

“Dalam kesakitan teruji kesabaran, dalam perjuangan teruji keikhlasan,dalam ukhwah teruji ketulusan, dalam tawakal teruji keyakinan. Hidup ini amat indah jika ALLAH AZZA WA JALLA menjadi tujuan.

“Mudah mudahan ALLAH… Ajari kita untuk tersenyum meski berat pundak memikul beban. Ajari kita untuk berlapang dada meski banyak yang menyesakkan jiwa. Ajari kita untuk terus berusaha meski butuh waktu untuk menggapai mimpi. Ajari kita untuk rendah hati kerana DIA lah Yang Maha Tinggi. Bantu kita untuk tidak takut gagal meski tantangan ada di depan mata. Sungguh kerasnya kehidupan ini.

Nama anak Aeril Zafrel and Wawa adalah sangat unik, anak sulung mereka Ahmad Fakhtaruddin Attar, anak perempuan pulak,Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, huaaaaa unik dan panjang. Jenuh lah nak mengeja nanti, mesti omei je pelat pelat nak sebut nama diri sendiri. Hehehe.

semoga menjadi anak yang soleh dan solehah

Sehingga kini foto tersebut telah mendapat hampir 38 ribu ‘likes’ selain dihujani dengan ucapan-ucapan peminat yang mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Wawa Zainal Khuatir Anak Sulung Belum Pandai Bercakap

Ibu bapa mana yang tidak risau sekiranya anak mereka tidak petah berbicara, itulah juga masalah yang dihadapi oleh pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel apabila anak sulung mereka, Ahmad Fakhruddin Attar yang kini sudah berusia empat tahun belum pandai bercakap.

Wawa menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa bimbangnya itu bersama peminat dan memberitahu Attar hanya tahu menyebut empat perkataan sahaja. Wawa pada masa yang sama sempat untuk bertanyakan pendapat serta pengalaman daripada peminatnya yang mungkin turut mempunyai masalah yang sama.

Perkongsian Wawa itu mendapat maklum balas yang positif dan ada yang menyarankan Wawa untuk rajin berbual dengan anaknya agar dapat berinteraksi dengan baik.  Beberapa netizen juga mencadangkan Wawa untuk membawa anaknya bertemu dengan pakar kanak-kanak agar dapat mengetahui masalah sebenar Attar lambat bercakap.

Kami faham perasaan Wawa dan Aeril, apa-apa pun jangan mudah berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian dan selalu fikirkan perkara positif, mungkin ada hikmah disebalik ujian yang sedang anda hadapi.

Sumber -Instagram Wawazainal

Kredit – duniakecoh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *