“Alhamdulillah, Saya Bakal Bergelar Ayah” -Jep Sepahtu Sahkan Sari Yanti Hamil Anak Sulung

Pelawak Jep Sepahtu dan isterinya Sari Yanti telah mendirikan perkahwinan mereka di dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung pada 25 Februari 2017 yang lepas. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti ini, pastinya perasan yang mereka jarang sekali berkongsi momen-momen bahagia berdua di dalam laman Instagram mereka.

Namun hari ini, pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah mengesahkan bahawa mereka akan bergelar sebagai ibu bapa tidak lama lagi. Pengumuman yang mengembirakan itu telah dibuat menerusi laman Instagram Sinar FM petang tadi.

sinar_myAlhamdullilah @sariyanti dan @jepsepahtu berkongsi yang mereka akan menerima ahli baru dalam keluarga. Tahniah ye awak berdua ❤ #JepSari #SinarKongsi

Berita itu kemudiannya telah disambut dengan baik oleh peminat kepada kedua-dua pasangan. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan meminta Sari Yanti supaya banyak berehat di sepanjang tempoh kehamilan ini.

Ramai peminat Jep dan Sari Yanti mengucapkan alhamdulillah dan mendoakan semoga kebahagiaan mereka semakin bertambah selepas kelahiran anak mereka nanti.

Seperti yang kita semua tahu, pasangan ini jarang berkongsi tentang kehidupan peribadi mereka di laman-laman media sosial milik mereka dan pengumuman kehamilan Sari Yanti ini sudah tentunya amat menggembirakan hati peminat mereka.

Tidak kurang pula terdapat komen-komen mengusik yang meminta supaya Jep berubah menjadi seorang yang lebih kemas dan baik selepas bergelar seorang bapa nanti.

Sumber :ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *