6 selebriti Malaysia berkulit gelap dan berasa bangga dengan diri mereka

Tidak dapat dinafikan ramai wanita di luar sana yang mendambakan kulit cerah dan gebu kerana persepsi masyarat yang sering menganggap memiliki warna kulit yang cerah melambang kesempurnaan seorang wanita itu.

Mungkin terlampau obses dengan kulit yang cerah, ramai wanita di luar sana yang sanggup mengambil pelbagai jenis supplement dan produk pemutihan kulit dengan status keselamatan yang masih menimbulkan tanda-tanya, sehinggakan ada yang tidak kisah apa juga kesan sampingannya asalkan dapat memiliki warna kulit idaman mereka.

Sebenarnya kecantikan seseorang bukan terletak pada warna kulit, sebaliknya ianya terletak pada hati yang bersih dan ‘putih’ serta senyuman yang manis.

Berikut merupakan 6 selebriti Malaysia yang memiliki kulit hitam manis, namun masih berasa bangga dengan diri mereka dan mampu untuk hidup gembira.

#1.Nabila Huda

Baru-baru ini berita mengenai produk kecantikan untuk memutihkan kulit menjadi topik hangat buat pelakon antagonis ini. Nabila telah membidas kritikan seorang peniaga yang menjual produk pemutih kulit di Instagramnya.

Menurutnya, pemakaian produk memutihkan kulit adalah kurang efektif kerana ia akan menjadikan wajah nampak kusam dan cepat tua dek kerana taksub dengan kulit yang putih. Beliau menganggap kulit gelap adalah suatu perkara yang membanggakan dan bersyukur atas kurniaan Tuhan.

#2.Dayang Nurfaizah

Siapa tak kenal dengan penyanyi yang berasal dari Sarawak ini. Mempunyai suara yang merdu dan vokal yang mantap merupakan kekuatan bagi Dayang untuk terus kukuh dalam industri hiburan. Bagi Dayang, memiliki kulit gelap adalah bonus kerana ia dianggap manis dan cantik.

Dayang yang bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 malam ini membawa lagu hasil ciptaan sepenuhnya, Ajai bertajuk Separuh Mati Ku Bercinta.

#3.Nurul Wahab

Nurul Wahab atau nama sebenarnya Noorulhuda binti Abdul Wahab merupakan seorang penyanyi dan pengacara yang berkulit hitam manis. Anak ketujuh daripada 15 orang adik beradik ini telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki dari Perancis, Eric Depp pada tahun 2012.

Hasil perkahwinan selama enam tahun, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Zachary Depp, 5 tahun dan Raphael, 3 tahun.

#4.Ainul Aishah

Pelakon berkulit hitam manis ini telah mencipta fenomena satu ketika dulu apabila gambarnya tular di laman sosial dan dianggap keterlaluan.

Mempunyai seramai 152 pengikut di Instagram, Ainul menyifatkan berkulit gelap itu adalah sesuatu yang seksi dan cantik.

#5.Cheryl Samad

Adakah anda masih mengingati pengacara Muzik-Muzik ini pada satu ketika dulu? Pengacara yang kecik molek ini mempunyai kacukan Melayu-Portugis.

Cheryl berusia 38 tahun merupakan seorang graduan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya.

#6.Neeta Manisha

Vokalis kumpulan IamNeeta ini merupakan anak tunggal dalam keluarga berdarah campuran India, Cina dan Thailand. Popular dengan lagu ‘Sakit’, beliau juga fasih bertutur dalam lima bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin, Hokkien dan Siam.

Neeta yang berusia 23 tahun memperjuangkan muzik pop alternatif bersama dua orang ahli bandnya iaitu Patrick, gitaris utama dan Anas, bass gitaris yang telah memberi kerjasama dan kolaborasi agar band mereka ini terus berkembang di persada antarabangsa.

Warna kulit bukanlah ‘pengukur’ kecantikan seseorang. Tidak semua wanita tergila-gila ingin mencerahkan kulit mereka, ada juga wanita yang menganggap kulit gelap itu lebih seksi dan istimewa.

Kita patut rasa bersyukur atas nikmat dan kurniaan Tuhan.

Sumber : ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *