“Dia Tanya Pasal Bola Mana Kita Tahu” – Reaksi Spontan Uqasha Buat Netizen Terhibur

Pelakon Uqasha berdepan detik melucukan di hadapan kamera apabila ditanya oleh seorang wartawan penyiaran tentang ramalan pemenang Liga Super 2018.

Ketika ditanya, Uqasha spontan tertawa dan memalingkan muka ke arah lain sambil aksi tersebut dirakamkan oleh pembantu peribadinya.

Shot itu kemudiannya dirakamkan semula dan Uqasha memilih pasukan negeri kelahirannya, Kelantan sebagai bakal juara Liga Super tahun ini.

“Dia tanya kita pasal bola mana kita tahu. Bak kata Kak Ayu (Ayu Raudhah), tanya pasal filem bolehlah,” tulisnya pada kapsyen rakaman video terbabit.

 

Reaksi Uqasha yang tersipu-sipu malu itu disifatkan comel oleh segelintir netizen namun ada yang menasihatinya agar membuat persiapan sebelum datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

a

Sumber : instagram

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *