Dibebaskan! Pesanan Sofi Jikan Pada Farid Kamil

Hari ini, Sofi Jikan yang sebelum ini ditahan polis kerana didapati positif dadah jenis ganja telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Syukur Dibebaskan

Sofi yang berada di Mahkamah Petaling Jaya memanjatkan rasa syukur apabila telah dibebaskan. Malah ketika ditanya perkembangannya, dia hanya mahu pulang ke rumah, berehat dan menyambung pengambarannya dalam filem Polis Evo.

“Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah… “

Enggan Komen Hubungannya Dengan Datuk Farid

Dalam perkembangan lain, Sofi ketika ditanya soal hubungannya dengan Datuk Farid Kamil, dia enggan memberi komen lanjut mengenai hubungan mereka dan turut menjawab, “Hanya Tuhan saja yang tahu.”

Sofi dijamin polis sekitar 11.40 pagi dan telah diwakili peguam Datuk Hanif Hassan.

Sumber HMetro  via hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *