Umie Aida Dedah Permintaan Erma Fatima Buat Suami Betty Rahmad Masa Hari Pertunangan. Respect!

Masih belum terlambat untuk team Oh Bulan mengucapkan tahniah buat pasangan Betty Rahmad dan Ardy Damis atas perkahwinan mereka. Setelah hampir 5 bulan pasangan ini mengikat tali pertunangan sejak Obtober tahun lalu, akhirnya mereka menamatkan zaman bujang pada 6 Februari 2018.

Terbaru, Umie Aida memuat naik video pertunangan mereka di laman Instagram dan Twitter peribadinya dengan kapsyen yang sweet mengenai hajat Erma Fatima. Pemintaan Erma buat Damis untuk menikahi adik bongsunya ini dipuji ramai netizen.

Syarat Erma buat Damis

Masih ramai yang terkedu dan terkejut dengan permintaan Erma Fatima buat Damis semasa hari pertunangan pasangan ini tahun lepas. Erma tidak meminta hantaran wang tunai malah dia cuma meminta senaskah Al-Quran dan harus dikhatamkan oleh Damis. Suami kepada Betty ini mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk melaksanakan hajat pengarah terkenal tersebut.

Ini lah yang dikatakan persiapan dan tanggungjawab sebagai suami. Rata-rata status ini telah memberi inspirasi dan disokong oleh netizen.

Sekitar majlis pertunangan BettyDamis

 

 

Video ini telah mengimbas kembali detik-detik pertunangan pasangan bahagia ini. Majlis telah dihadiri oleh kedua pihak keluarga, saudara terdekat dan beberapa rakan artis.

Tidak layak terima ‘mahar’

 

Betty turut memuat naik video di Instagram dengan kepsyen yang manis buat suaminya dan Erma. Katanya dia terharu dengan perubahan Damis setelah berjaya khatam Al-Quran dan kegigihan usaha suaminya ini memikat hati Betty.

Walaupun Betty merasakan dia tidak layak menerima ‘mahar’ kerana tidak berhijab. Betty juga berharap agar suaminya itu dapat membimbing untuk menjadi isteri solehah dan menjadi lebih baik.

Bangga dengan tindakan Erma

 

Ramai yang bangga dengan tindakan Erma Fatima berani menyuarakan hajat buat Damis. Betty ini adalah adik bongsu kepada Erma dan perkenalan Betty dan Damis juga terjadi disebabkan rakan baik mereka, Nora Danish dan Nedim.

Credit: Instagram Umie Aida

sumber: ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *