Setelah 10 Tahun Menyimpan,Akhirnya DS Aliff Syukri Dapat Beli Lampu Mewah Buatan Brazil

Rasanya kalau orang kaya-kaya mereka pasti mahu ada rumah mewah yang punya banyak perhiasan dalaman yang menarik.Duit banyak habis untuk membangunkan rumah mewah tiada masalah bagi golongan orang kaya-raya. Betul tak?Tapi,untuk kes Ds Aliff Syukri,ramai yang setuju bahawa Ds Aliff berbelanja sangat-sangat sakan untuk rumah mewahnya.

 

Cuba lihat dari luar, memang sangatlah besar rumahnya kan? Ada yang tidak tahu itu adalah rumah Aliff Syukri,mereka ingatkan itu adalah mahkamah nombor 2 bila lalu dekat kawasan rumah tersebut. Dari segi luaran memang nampak cantik. Itu belum korang tengok dari sudut dalaman. Hari berganti hari Ds Aliff di katakan sudah banyak kali mengamuk dengan kontraktor dan mereka yang terlibat kerana rumah tak siap-siap.Namun menurut sumber, ini kerana proses untuk siapkan banyak hal memerlukan masa kerana kesemua bahagian adalah hasil sentuhan Ds Aliff yang custom made. Makanya ianya lebih rumit dan mengambil masa.

Belum lagi korang tengok perhiasan yang lain. Kita tengok koleksi lampu utama sahaja yang ada dalam rumahnya. Akhir-akhir ini Ds Aliff banyak tunjuk koleksi lampu mewah satu per satu dekat Instagram. Lampu pertama, lampu ini pernah menjadi kontroversi kerana Ds Aliff di tuduh memuat naik gambar lampu ini tanpa memberi kredit padahal ini adalah lampu 100% miliknya.

Kemudian Ds Aliff tunjuk pula lampu mewahnya yang kedua. Lampu ini sebenarnya ada dalam 30 tingkat dan setakat dalam rakaman video ini, ia masih di pasang sampai 5 tingkat. Haa,30 tingkat tu,macam lampu dalam masjid yang besar sangat-sangat tu kan.

Kemudian yang terkini, Ds Aliff tunjuk pula lampu mewah gergasi yang custom made dari Brazil. Menurut sumber, untuk dapatkan lampu super mewah ini, perlu kumpul duit sampai 10 tahun tau. Dengan adanya semua lampu mewah ini, ini menunjukkan betapa super mewahnya rumah Ds Aliff Syukri seperti mahu membangunkan hotel mewah. Hebat kan?


sumber: kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *