‘Kepada Majoriti Berniat Untuk Jadi ‘Imam’ Tu’ – Terima Banyak DM Lamaran, Ini Respon Padu Norman Hakim

Baru-baru ini viral di media sosial anak gadis Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania yang sangat cantik. Sekali pandang memang boleh jatuh hati, berkulit putih gebu, bertudung labuh dan pemalu membuatkan ramai yang mahu menjadikan Marissa sebagai isteri.

Di instagram, Norman Hakim kongsi menerima banyak kiriman mesej daripada orang ramai yang mahu menjadi ‘imam’ kepada Marissa. Ini respon padu Norman Hakim & Abby Abadi.

Habis DM penuh dengan risikan padu

Susulan daripada viralnya kecantikan Marissa di laman sosial, Norman Hakim sebagai bapa menerima pelbagai ‘risikan’ padu di DM. Kata Norman, dia bersyukur dengan niat ikhlas majoriti yang mahu menjadi ‘Imam’ kepada Marissa. Namun Norman menjelaskan Marissa baru berusia 13 tahun, jauh lagi perjalanan. Hafazan al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan.

Kata Mama, utamakan yang utama : Allah dan ibubapa

Abby Abadi pula memberitahu sebagai lelaki ‘utamakan yang utama’. Jalankan tanggungjawab pertama sekali kepada Allah, seterusnya kepada ibu bapa seumpama tiada hari esok. Selepas itu barulah fikir untuk mendirikan masjid.

Norman Hakim sendiri walaupun sudah mempunyai 6 anak, masih belajar seni untuk bermasjid. Pesan terakhirnya, diharapkan selit doa yang baik-baik sahaja apabila meninggalkan komen di ig anak gadisnya itu.

Sumber : Instagram Norman Hakim

kredit: ohbulan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *