“Semoga Bisa Berempat” – Netizen Ramal Laudya Cynthia Bella Sedang Mengandung?

Nama Laudya Cynthia sentiasa menjadi kegemaran rakyat negara ini sejak dia bernikah dengan personaliti dari sini ialah Engku Emran.

Jarang sekali mendengar kecaman mahupun tohmahan terhadapnya.

Maklumlah dia bukan sahaja cantik, malah baik budi pekerti dan sopan senantiasa imejnya.

Terbaru, laman sosial Instagram (IG) pelakon Indonesia ini, menjadi perhatian netizen apabila dia memuat naik entri seperti memberi bayangan sedang berbadan dua.

Menerusi entri tersebut, Laudya menulis kapsyen agar dia segera menambah seorang ahli keluarga dari zuriatnya sendiri selepas mempunyai seorang anak tiri iaitu Engku Aleesya.

Semoga bisa berempat,” tulisnya.

Dalam entri yang sama Laudya turut memuat naik fotonya sedang mendukung seorang bayi serta foto suaminya bersama anak tirinya.

Rata-rata peminatnya turut mendoakan agar pelakon itu segera hamil dan dikurniakan zuriatnya sendiri.

Laudya berkahwin dengan bekas suami aktress Erra Fazira pada 8 September 2017.

Moga dipermudahkan buat si cantik ini hendaknya. – Sumber: Astro Gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *