Teruk Dihentam Isu Suplemen Bayi, Neelofa Akhirnya Buka Mulut

Beberapa hari lepas pelakon Neelofa teruk dihentam kerana mempromosikan suplemen menganjalkan kulit yang dipercayai boleh juga menyembuhkan eczema untuk bayi. Netizen dan doktor sendiri menyelar tindakan pelakon itu kerana dilihat boleh membahayakan kesihatan bayi.

Tidak terus membuat kenyataan setelah isu berkenaan viral, Neelofa akhirnya membuka mulut mengenai hal berkenaan. Ini respon ringkas pelakon berkenaan.

Hargai komen dan keprihatinan semua

Katanya, dia sedia maklum mengenai situasi dihadapi CnG (nama produk dipromosikan) yang berkait dengan Igstory miliknya. Tambahnya, dia menghargai dan memahami komen dan keprihatinan semua.

Pihak pengurusan CnG bekerja keras untuk menjernihkan isu ini dan berusaha bagi menyelesaikan kekeliruan yang berlaku. Neelofa juga turut meluahkan penghargaan kerana kesabaran dan pemahaman semua.

Semua orang buat silap

Responnya itu mendapat perhatian pengikutnya dan mengatakan sebagai manusia, adalah normal untuk melakukan kesilapan. Namun apa yang membezakan antara semua adalah bagaimana kesilapan itu ditangani.

Profesionalism terbaik!

Ada juga pengikut si cantik ini yang merasakan respon ringkas Neelofa itu menunjukkan tahap profesionalisme pelakon berkenaan dalam berhadapan kritikan.

sumber: ohbulan

Tak Semua Boleh Jual Dekat Orang Ramai’ – Wardina Safiyyah Selar Neelofa?

Tindakan Neelofa mempromosikan produk kesihatan untuk kanak-kanak dan bayi di instagram storynya baru-baru ini telah mengundang pelbagai respon daripada netizen. Mereka berpendapat pengambilan suplemen bagi kanak-kanak tidak diperlukan kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Wardina Safiyyah juga tidak ketinggalan meluahkan rasa terkilannya berkenaan isu ini. Melalui perkongsian seorang rakan, katanya tidak perlu suplemen merepek sebegini lebih-lebih lagi kanak-kanak dan bayi.

Saya kena beritahu ini. Perkara ini tak beretika. Promosi produk kurangkan kedutan dan anjalkan kulit untuk kanak-kanak dan bayi? Pertama, kanak-kanak tak perlukan suplemen sebegini. Kedua, bayi? Tahukah betapa bahayanya suplemen ini kepada buah pinggang mereka? Ketiga, kanak-kanak 12 tahun ke atas ambil maksimum 4 tablet? Maknanya bagi kanak-kanak berumur 12 tahun mereka perlu ambil dos sama seperti usia 40 tahun?

Seseorang perlu beritahu dia. Kalau saya ada contact number, saya dah beritahu. Tapi saya tiada.

Tak semua benda yang boleh dijual, perlu dijual kepada semua orang.

Ini bukan sahaja untuk Neelofa tetapi kepada banyak lagi produk lain. Kenapa kita terlalu mudah percaya?

Tak payah makan semua benda-benda merepek ni semua people! TAK PAYAH! Tak payah supplement ni semua… apa yang anda buat hanya membuatkan mereka kaya. Kita tak perlukan suplemen ini semua. Mungkin sebab awak ada duit, awak nak lebih dan lebih lagi..

Sumber : Wardina Safiyyah Official

kredit: ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *