“Rupa Elok,Tapi Pada Hakikat”-Gambar Suspek Dera Arwah Adik Aina Tersebar,Netizen Terkejut Melihat Betapa Penampilan Suspek Jauh Bezanya Dari Sikap Sebenar

Sekarang ini kes arwah adik Nur Aina menjadi tular dan di sebut ramai netizen kerana dia di pukul oleh ayah kandungnya sendiri atas alasan mahu mendidik anak kecil itu. Namun siapa yang sangka, didikan yang nampak kononnya tegas itu di katakan telah membuatkan anak kecil yang tiada dosa itu menemui ajalnya.

Seorang wanita tampil membuat posting di laman facebook menceritakan bahawa arwah adik Aina mempunyai banyak kesan lebam di badan sehingga Guru Besar memanggil ayahnya untuk tahu punca lebam itu. Arwah juag pernah mengadu selalu di pukul dan jika ia berterusan, arwah menyatakan mungkin dia akan mati. Anda boleh baca perkongsian sedih itu di bawah :

Sekarang ibu kandung arwah sedang berjuang untuk membawa kes ini ke mahkamah dan orang ramai yang boleh menjadi saksi boleh tampil membuat report ke balai. Ini kerana menurut sumber ayah kandung kepada arwah di katakan tidak mengaku bersalah. Sebelum ini dakwaan atas kes dera di gugurkan kepada suspek atas alasan kerana mendidik.

Saksi dari jiran menyatakan, mereka tidak pasti jika ibu tiri arwah terlibat kerana menurut mereka ibu tiri mangsa seorang yang baik. Namun ibu tiri mangsa itu turut di minta membuat kenyataan bagi kes ini.

Kes ini menjadi tular besar dan mengundang banyak rasa marah oleh netizen.Tidak di nafikan suspek seorang bekas tentera menggunakan cara tegas untuk mendidik mangsa seperti menendang,menampar,memijak mangsa tidak ubah seperti ala komando hanya kerana kesalahan biasa seperti tersalah ketika membaca Quran.

Sumber : kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *