[VIDEO] Lawak Habis! Parodi ‘Pok Ya Cong Codey’ MeleTOP Bikin Netizen Gelak Tak Ingat Dunia!

Seperti biasa tidak sah jika rancangan hiburan MeleTOP tidak menyiarkan edisi parodi pada setiap minggu. Walaupun tanpa kehadiran Jihan yang sedang cuti bersalin, nampaknya parodi MeleTOP pada minggu ini tidak mengecewakan.

Telefilem ‘Pok Ya Cong Codey’ yang menjadi kegilaan ramai sejak beberapa minggu yang lalu dipilih sebagai tema video parodi minggu ini.

 

Sudah pasti babak Sabri Yunus yang memegang watak Pok Ya menjadi pilihan para penghibur kita.

Video parodi yang dimuat naik di laman Instagram MeleTOP itu dilakonkan oleh pelawak Shukri, Bell Ngasri dan Atu kumpulan Zero.

 

Rata-rata netizen terhibur dengan lakonan parodi ketiga-tiga pelawak berkenaan.

Video yang dimuat naik kurang 24 jam itu mendapat hampir 40K tontonan daripada pengguna laman Instagram.

 

 

Sumber Instagram MeleTOP

kredit: kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *