Sering Jadi Perhatian, Akhirnya Nelydia Senrose Dedah Ciri-ciri Lelaki Idaman.

Gagal bercinta sekali tidak bermakna perlu serik. Adat bercinta ada yang kekal, ada yang putus di tengah jalan. Artis pun ada hati dan perasaan tidak lari daripada alam percintaan.

Pelakon cantik dan putih mulus ini antara pelakon yang sering menjadi tumpuan. Mempunyai wajah yang jelita, Nelydia Senrose antara artis wanita yang menjadi dambaan lelaki.

Manakala kisah cinta Nelydia sunyi tanpa berita. Lebih mesra disapa dengan nama panggilan Nely, baginya soal jodoh dia hanya berserah pada suratan takdir.

Nely tidak pernah meletakkan sebarang jangkaan umur untuk berkahwin. Ini kerana Nely percaya berkahwin dan jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. Nely berserah kepada takdir dan dalam masa yang sama Nely tidak pernah sesekali menutup hati untuk mana-mana lelaki yang mengetuk pintu hati Nely. Bila sudah sampai masanya, insya-Allah ia akan berlaku.”

Nely tidak menetapkan untuk bercinta dengan artis atau sesiapa pun. Serik itu tidak tapi Nely lebih berjaga-jaga untuk mempunyai hubungan dengan artis lelaki agar tidak dilukai lagi. Hati saya masih terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.”

Menurut Nely lagi, dia tidak serik untuk bercinta lagi dengan artis atau sesiapa pun. Namun kali ini dia akan lebih berhati-hati.

“Kriteria lelaki yang menjadi pilihan Nely mestilah menghormati keluarga Nely, matang, berjaya dalam hidup agar dia dapat membimbing Nely ke arah kejayaan. Lebih penting dia seorang yang merendah diri dan ada kekuatan agama.”

Kisah cinta pelakon sentiasa menjadi perhatian.Malahan orang cantik mestilah ramai peminat.

-www.kakishare.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *