PERNAH DENGAR IRWANSYAH MENGAJI? ALHAMDULILLAH, ASYIK MENDENGAR KEMERDUANNYA

Memang tenang hati setiap kali mendengarkan alunan merdu ayat-ayat suci Al Quran apatah lagi kalau diri sendiri yang membaca kitab suci ALLAH SWT ini.

Viral di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelakon popular dari negara jiran, Indonesia, Irwansyah berkongsi satu video yang merakamkan dirinya bersama Qari, Fatih Seferagic membacakan ayat-ayat suci Al Quran menerusi akaun Instagramnya.

“Alhamdulillah bisa ngaji bareng sm @therealfatih , nervous sih tp insyaAllah mudah2an bs menginspirasi buat temen2 semua,” tulis Irwansyah di ruang kapsyen perkongsiannya.

MH benar-benar terpegun mendengar kemerduan suara milik kedua-duanya ini mengaji.
Bukan sahaja MH yang terpegun dan memuji kemerduan suara mereka mengaji malah rata-rata netizen juga turut memberikan pujian.

Bagi MH perkongsian Irwansyah ini sedikit sebanyak dapat membuka hati setiap yang menonton untuk membaca Al Quran.

Bak kata Irwansyah sendiri pada tulisan kapsyennya, dia berharap video yang dikongsinya ini akan menjadi inspirasi buat semua untuk mengaji.

Sumber: Instagram Irwansyah/ MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *