KISAH NATASHA HUDSON YANG TAK DIBERIKAN MAKANAN HALAL OLEH KELUARGA & CINTANYA PADA AL-QURAN MEMBUATKAN NETIZEN SEBAK…!

Penghijrahan Natasha Hudson sejak 2012 memang tidak dijangka. Ini kerana sebelum itu, beliau merupakan seorang model, pelakon dan pengacara popular. Lebih mengejutkan dia kini mengenakan niqab sepenuhnya dan terus meninggalkan dunia seni yang pernah diceburinya satu ketika dulu.

Dalam satu temu bual dalam Radio IKIM FM, Tasha berkongsi ceritanya yang pulang ke Australia untuk bertemu kaum keluarga yang bukan Islam termasuk ayahnya.

Cabarannya kali ini cukup getir kerana beliau pulang dengan bertudung. Layanan diterima daripada keluarga juga agak berbeza.
Mereka tidak membelikannya makanan halal dan dia terpaksa berpuasa dan hanya makan buah serta mi segera.

Namun Tasha tetap reda. Dia turut bercerita bagaimana ayahnya seorang Pensyarah yang begitu marah padanya apabila ada anak murid dari Arab Saudi yang memberikannya Al-Quran.

Tetapi Tasha berdoa agar Tuhan bukakan pintu hati ayahnya untuk menerima Islam satu hari nanti. Dia juga tidak mengambil Quran di rumah ayahnya kerana yakin ada gunanya kelak satu hari nanti.
Telahannya benar apabila, dia yang sudah lama tidak bertemu abangnya bercerita tentang agama. Daripada pengamatan Tasha, dia melihat hati abangnya satu step ke arah Islam.

Bagi meyakinkan bahawa Tuhan itu memang wujud, Tasha segera menunjukkan kitab Quran yang memang ada di rumah ayah mereka.
Allah, betapa besar dan tingginya Al-Quran itu. Menurutnya dia memang sudah baca dan khatam Quran sejak kecil. Tetapi tidak pernah memahami secara jelas isi kandungannya.

Dan dia mengakui belajar semula mengenai Al-Quran kerana bacaan tajwid tunggang langgang sebelum itu.

Kesungguhannya untuk belajar semula Al-Quran dengan membawa dua anaknya yang masih kecil. Sambil belajar sambil menyuap dan mengejar anak-anaknya.

Bagi Tasha ‘Quran Is Our Life’. Jika kita membaca Quran tanpa mengetahui atau belajar bahasa Arab yang memang bahasa Quran, ibarat tin kosong.

Malah, sebelum pergi belajar, Tasha juga akan membaca depan suaminya yang akan check bacaannya sama ada tajwid betul atau tidak.

Setelah mengetahui maksud setiap surah, air mata Tasha akan menitis betapa Quran adalah suatu yang ‘amazing’. Malah ubat bagi otak yang berkarat juga adalah dengan membaca Al-Quran.

Memang admin tersentuh hati membaca setiap perkongsian Tasha ini. Tasha turut mengakui pernah gagal sekali ketika berniqab. Waktu itu dia sedang hamil dan gangguan syaitan menyebabkan Tasha tidak mengekalkan momentum ketika itu.

Menurut Tasha, jika kita tidak hafaz Al-Quran akan menjadikan diri lalai. Menyedari hakikat itulah, Tasha kembali belajar mendalami Al-Quran semula.

“Al-Quran lepaskan ego. Al-Quran kecilkan kita, merendahkan kita, jadikan kita hamba yang sangat kecil di mata Allah. Susah nak explain fasal Quran dan inilah The best thing in my life.”

Sumber : Ezchannel.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *