Mangsa Taufan Harvey berjalan malam sejauh 12 batu mengharungi banjir dan satu panggilan telefon membuatnya sebak

Mangsa Taufan Harvey berjalan malam sejauh 12 batu mengharungi banjir dan satu panggilan telefon membuatnya sebak

Taufan Harvey telah membadai Texas, Amerika Syarikat pada 26 Ogos lalu yang mana merupakan taufan terburuk dalam tempoh 50 tahun. Setakat ini dilaporkan seramai 30,ooo penduduk telah kehilangan tempat tinggal dengan tujuh orang telah terkorban.

Selepas Taufan Harvey melanda, seorang lelaki telah kehilangan harta bendanya dan berjalan di dalam kegelapan malam mengharungi banjir sambil mencari bapanya. Dia tidak dapat menahan dari menitiskan air mata setelah dapat menghubungi bapanya.

Seorang penduduk Aransas Pass di Texas bernama Aaron Mitchell telah ditemuramah oleh seorang wartawan CNN untuk menggambarkan kerosakan yang telah dibawa Taufan Harvey. Aaron cuba menahan kesedihan dengan kehilangan yang telah dialaminya bersama kerisauan seluruh ahli keluarganya masih tidak dapat dihubungi.

Kredit : YouTube Screenshot /CNN

Aaron mendedahkan yang dia telah berjalan sejauh 12 batu di dalam kegelapan malam menuju ke rumah bapanya dengan cuba menghubunginya tetapi gagal dan dia berasa sangat risau.

Katanya kepada CNN, talian telefon telah terputus sejak hari Khamis lagi dan dia tidak dapat menghubungi sesiapa di kalangan ahli keluarganya. Katanya lagi, jika ibu dan bapanya menonton siaran berita itu, dia berada dalam keadaan selamat.

Kredit : YouTube Screenshot /CNN

Katanya lagi kepada CNN, ibunya, Betty Mitchell berada di Oklahoma manakala bapanya, Brian Mitchell yang dia masih tidak tahu di mana. Dia berada di Rockport dan sedang menunggu bapanya.

Aaron Mitchell menggambarkan Taufan Harvey yang dahsyat bagai berada di dalam filem Wizard of Oz. Dia berasa sangat takut dengan melihat pelbagai kerosakan telah berlaku yang dibawa oleh taufan tersebut.

Dengan nada menahan sebak dan sedih, Aaron berkata dia telah kehilangan segala harta benda dan segala yang dia usahakan dengan titik peluhnya. Apa yang dia ada kini hanya pakaian yang dibawanya.

Kredit : YouTube Screenshot /CNN

Wartawan CNN berasa simpati dengan nasib yang melanda Aaron. Lalu wartawan itu telah mengambil telefon satelit yang dibawanya dan meminjamkan kepada Aaron bagi membolehkan dia menghubungi bapanya.

Talian telefon satelit itu telah dapat disambungkan kepada bapanya, Brian. Apabila dapat menghubungi bapanya itu, Aaron tidak dapat menahan sebak dan kesedihannya lagi lalu menitiskan air mata. Aaron memberitahu bapanya yang dia selamat dengan akhir kata “Ayah, saya sayang kamu!”.

Kredit : YouTube Screenshot /CNN

Selepas Aaron dapat bercakap dengan bapanya, dia telah menaiki bas bersama mangsa yang lain dari kediaman Aransas Pass. Mereka telah dipindahkan ke Austin, Texas di mana bapa Aaron Mitchell ditempatkan dan mereka akan bertemu di sana.

Lihat video temubual CNN dengan Aaron Mitchell di bawah.

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *