TAK PUAS HATI KESILAPAN PENJAGA GOL, TEMAN WANITA HAZIQ JADI MANGSA BULI SIBER

Tak Puas Hati Kesilapan Penjaga Gol, Teman Wanita Haziq Jadi Mangsa Buli Siber
Sudah pasti peminat bola sepak tanah air kecewa dengan kekalahan skuad bawah 22 tahun negara yang gagal membawa pulang pingat emas dalam acara tersebut selepas kalah dengan Thailand dalam aksi final bola sepak sukan SEA.

Kesilapan penjaga gol negara menumbuk bola ketika cubaan menyelamatkan gawang gol menjadi mimpi ngeri apabila ianya bertukar menjadi gol kepada pihak lawan.

Ramai yang mengecam kesilapan penjaga gol muda tersebut dan yang memeranjatkan ianya telah mengheret teman wanita terkena tempias kecaman netizen.

Ada beberapa laman Facebook telah mengaiktkan prestasi Haziq yang dipengaruhi oleh hubungan cinta dengan seorang gadis dikenali sebagai Nurfarisha.

Tak Puas Hati Kesilapan Penjaga Gol, Teman Wanita Haziq Jadi Mangsa Buli Siber

Posting di Facebook tersebut telah memuat naik gambar Haziq dan teman wanitanya dengan menuduh gadis itu menjadi salah satu punca skuad negara tewas 0-1 kepada negara jiran itu.

“Ada tiga perkara yang boleh menjahanamkan negara. Satu, ‘chinggey’ (perempuan),” tulis posting tersebut yang dipetik daripada dialog popular sebuah filem tempatan.

Tak Puas Hati Kesilapan Penjaga Gol, Teman Wanita Haziq Jadi Mangsa Buli Siber

Seorang pengguna Facebook, ‘Awgku Awgmu’ mempersoalkan apakah jasa yang telah disumbangkan oleh pengendali laman tersebut kepada negara sehingga berani memuat naik posting yang berunsur buli siber itu.

“Kesilapan bukannya dirancang. Harap mereka tabah menghadapi rakyat yang bermentaliti sampah seperti admin,” tulisnya.

Tak Puas Hati Kesilapan Penjaga Gol, Teman Wanita Haziq Jadi Mangsa Buli Siber

Tak Puas Hati Kesilapan Penjaga Gol, Teman Wanita Haziq Jadi Mangsa Buli Siber

Sumber : – www.kakishare.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *